fbpx
ISAK terus berdepan malang bukan sahaja prestasinya di Liverpool berdepan kritikan hebat, tetapi kini mengalami masalah kecederaan. - AFP

EPL: Isak mungkin perlu dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool berdepan tamparan hebat apabila berkemungkinan hilang khidmat penggempur termahal mereka, Alexander Isak untuk tempoh yang lama akibat kecederaan.

Penyerang itu berdepan masalah kecederaan pangkal paha menyebabkan dia terlepas aksi menentang Brentford minggu lepas dan beberapa pakar kecederaan memberi bayangan bahawa pemain itu mungkin perlu menjalani pembedahan.

Selepas melengkapkan perpindahan penuh kontroversi dari Newcastle United, pemain antarabangsa Sweden itu sekadar meledak satu gol dalam lapan penampilan dan kecederaan ini terus memberi tekanan hebat untuk dirinya.

“Mereka perlu membuat penilaian yang teliti untuk masa depan pemain itu. Mungkin pembedahan adalah jalan terbaik untuk memastikan dia tidak berdepan risiko kecederaan berulang.

“Keputusan untuk melakukan pembedahan mungkin akan dibuat dengan dua alasan. Satu untuk meminimumkan risiko kecederaan berulang atau ia cara untuk mengatasi kecederaan itu.

“Keduanya, pembedahan juga memudahkan pemain untuk kembali berada pada tahap kecergasan terbaik dengan lebih cepat. Namun, tidak ada jaminan pembedahan akan berjaya, sebab itu penilaian perlu dibuat dengan teliti,” kata pakar kecederaan Ben Dinnery.

Menurut Dinnery, beliau tidak menolak kemungkinan kecederaan tersebut dialami oleh Isak ekoran pemain itu terlepas aksi pramusim bersama Liverpool menyebabkan dia mudah mengalami kecederaan.

“Semakin banyak anda terlepas pelung menyertai latihan dan perlawanan pramusim, ia meningkatkan risiko kecederaan kerana anda menyertai saingan ketika pemain lain sudah bersedia dari segi fizikal,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI