GEORGE TOWN – Seorang lelaki Nepal dipercayai kenalan mangsa dalam kes pembunuhan kejam di kediaman sewa di Kampung Sekolah Juru, 18 Oktober lalu akan disambung reman, esok.
Suspek berusia 35 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam mendapatkan perintah sambung reman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, dua lagi individu termasuk abang suspek berusia akan dibebas eselepas tempoh reman selama tujuh hari terhadap mereka terakhir esok.
Pada 18 Oktober lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak angkatnya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 7.30 malam.
Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. -KOSMO! ONLINE














