fbpx
Tangkap layar menunjukkan penduduk tempatan menangkap udang kecil yang naik ke darat di Desa Tarailu. - Facebook

Berjuta-juta udang naik ke darat waktu tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Mamuju, wilayah Sulawesi Barat terkejut apabila berjuta-juta udang kecil naik ke darat dan berkumpul pada waktu tengah malam, lapor portal berita Mekora ID.

Kejadian berlaku di Desa Tarailu baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan beberapa penduduk tempatan cuba menangkap udang-udang tersebut.

Ada yang mengaut  udang itu dengan tangan dan diletakkan ke  dalam baldi.

“Banyak betul anak udang di Jambatan Tarailu,” kata perakam.

Rakaman itu mencatatkan lebih 5,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

Sebilangan pengguna media sosial mengaitkan kemunculan udang-udang itu sebagai petanda buruk.

“Takut ada bencana,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI