fbpx
Ab As (kanan) dihukum penjara dan denda RM350,000 atas dua kesalahan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - IHSAN SPRM

Bekas kakitangan JPV Terengganu rasuah dipenjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pembantu penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terenganu dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM35,000 pada tiga tahun lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan hukuman demikian terhadap tertuduh, Abol As Mohd. Jamil, 45, selepas pihak pembelaan gagal menangkis kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan.

Beliau memerintahkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM175,000 bagi pertuduhan pertama manakala penjara 12 bulan dan denda RM175,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan kedua. Mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Abol As didakwa meminta serta menerima wang tunai berjumlah RM35,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menurunkan seksyen pertuduhan kepada hukuman lebih ringan bagi kes dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada 27 Julai dan 3 Ogos 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI