TRIP-TRIP memancing lombong saya sebelum ini lebih kepada teknik mengilat spesies ikan pemangsa seperti peacock bass (PB), toman, haruan dan sebagainya. Dalam minggu terdekat ini, sahabat saya, Atiq mengajak untuk turun mengilat PB di lombong-lombong sekitar Batu Gajah, Perak. Jadi, set mengilat dan gewang menjadi sandaran saya. Walaupun merancang untuk turun pada pagi hari lagi, namun disebabkan Atiq ada kewajiban yang perlu ditunaikan, maka pelan asal terpaksa diubah ke petang hari. Saya sendiri agak keberatan kerana kebelakangan ini hujan lebat……














