fbpx
Gambar hiasan

1,183 lelaki jadi mangsa dera tahun ini – Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis merekodkan sebanyak 1,183 kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa lelaki berlaku sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, menerusi data tersebut, lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Justeru kata beliau, bagi mengatasi isu berkenaan kerajaan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang giat melaksanakan satu inisiatif strategik selaras dengan fokus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh institusi kekeluargaan dan meningkatkan kualiti modal insan negara.

“Inisiatif ini ialah Program Lelaki Budiman Negara yang mengandungi pembangunan dan pelaksanaan Modul Pendidikan Lelaki Budiman, yang secara langsung menyokong mandat LPPKN dalam memperkasa peranan lelaki sebagai suami, bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta statistik terperinci mangsa lelaki dalam kes keganasan rumah tangga dari 2022 hingga kini.

Terdahulu, Noraini memaklumkan, pada tiga tahun lalu seramai 1,778 mangsa lelaki dalam keganasan rumah tangga direkodkan.

Manakala, pada 2023 sebanyak 1,213 kes direkodkan, seterusnya 1,865 kes pada tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI