fbpx
Trump bersama Anwar ketika Sidang Kemuncak ASEAN-AS di KLCC baru-baru ini.

[VIDEO] Trump sukar lupakan Malaysia, PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menyebut nama Malaysia dalam satu ucapannya di Jepun hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Trump menceritakan pengalaman ketika pentadbirannya berunding dengan beberapa negara Asia berkaitan isu keselamatan dan perdagangan

Video ucapan Trump dimuat naik pengguna TikTok, Duan itu memperlihatkan Trump mengimbas kembali detik-detik rundingan yang dikatakan berlangsung sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru, sambil memuji peranan Malaysia dalam membantu melancarkan proses tersebut.

“Saya menyebut Kemboja. Saya menyebut Thailand. Dan selepas dua hari, (masalah) kami berakhir dengan bantuan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, fasiliti di Malaysia telah digunakan ketika proses pendamaian antara dua negara tersebut kerana Malaysia mempunyai kemudahan yang baik dan mampu menampung keperluan pasukan rundingan dari pelbagai pihak.

“Malaysia adalah seperti penyelenggaraan. Kami menggunakan sebuah fasiliti yang indah di Malaysia kerana ia terlalu panas, bukan dari segi cuaca, tetapi kerana situasi ketika itu sangat tegang dengan ‘senjata terbang ke mana-mana’.

“Malaysia sangat hebat. Mereka membantu mengimplementasikannya,” katanya.

Trump turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Malaysia, sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Amwar Ibrahim sebagai seorang yang hebat dan berperanan besar dalam memastikan rundingan berjalan lancar.

Beliau turut menganggap kejayaan rundingan yang melibatkan Malaysia itu sebagai sesuatu yang ‘indah untuk dilihat’ dan berpotensi menyelamatkan jutaan nyawa di rantau tersebut.

“Perdana Menteri adalah seorang yang hebat. Mereka hanya tinggalkan dia. Dan dalam masa dua hari sahaja kami menandatangani satu perjanjian dan kedua-dua orang ini datang seperti rakan baik.

“Ia sesuatu yang indah untuk dilihat. Kami telah menyelamatkan, kamu tahu mungkin jutaan nyawa. Mereka mempunyai hubungan yang ‘panas’ untuk berapa tahun? 500 ratus tahun lamanya,” pujinya.

Terdahulu, Trump meninggalkan Malaysia pada pukul 10.06 pagi, Isnin lalu untuk meneruskan lawatannya ke Jepun.

Sebelum ini, Trump tiba di Malaysia pada 26 Oktober bagi memulakan lawatan rasmi dua hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Kehadiran Trump juga berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dan mineral bersama Malaysia, selain mengambil langkah memulihkan hubungan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, selepas beberapa bulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut. – KOSMO! ONLINE

@duan.stavaTak leh move on lg dok Malaysia 2 hari sahaja. Sebab tu jadi gelong di Japan..

♬ original sound – 🅳🆄🅰🅽

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI