fbpx
Tangkap layar memaparkan Trump bersama Anwar menari bersama kumpulan penari tradisional di KLIA, Ahad lalu.

Video Trump joget ditonton 50 juta orang, promosi nama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menari ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu mencecah lebih 50 juta tontonan dalam talian.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, hari ini.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung memberikan promosi dan publisiti meluas secara percuma kepada negara.

“Video pendek Presiden Trump menari di KLIA telah mencapai lebih daripada 50 juta tontonan dalam talian.

“Ia merupakan promosi dan publisiti percuma untuk negara tercinta kita,” katanya ketika berucap di Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Projek ‘I Lite U’ di Bukit Bintang, di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, ketibaan Trump di Malaysia mencuri perhatian apabila menari bersama orang ramai di KLIA, Ahad lalu.

Ketibaannya kira-kira pukul 9.54 pagi itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kumpulan tarian tradisional.

Video berkenaan menarik perhatian ramai apabila Trump secara bersahaja mengikuti rentak muzik tradisional yang dimainkan oleh kumpulan penari tradisional, sebelum mula berjoget.

Aksi spontan itu mengundang sorakan orang ramai apabila Anwar juga turut tidak melepaskan peluang menari bersama Presiden AS itu, sekali gus menjadi tular di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The White House (@whitehouse)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI