fbpx
VERSTAPPEN

Verstappen belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Juara dunia tiga kali, Max Verstappen mengakui hanya kemenangan dalam semua baki empat perlumbaan mampu menghidupkan peluangnya mempertahankan kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini.

Pelumba Red Bull itu menamatkan Grand Prix (GP) Mexico di tempat ketiga selepas gagal menyaingi kepantasan Lando Norris yang mendominasi perlumbaan di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.

Berbaki empat pusingan, Verstappen kini ketinggalan 36 mata di belakang Norris, manakala jentera RB21 dilihat masih bergelut untuk menandingi kehebatan McLaren sepanjang hujung minggu.

“Secara keseluruhan McLaren masih jauh di depan. Kami masih kurang dari segi prestasi. Sepanjang hujung minggu, memang sukar untuk bersaing dengan mereka,” kata Verstappen.

Pelumba Belanda itu turut mengakui masalah cengkaman dan imbangan kelajuan di selekoh berkelajuan tinggi menjadi punca utama dia bermula di petak kelima sebelum bangkit ke podium pada pusingan akhir.

“Ini perlumbaan yang sukar. Saya kena berpuas hati dengan tempat ketiga, tapi kami perlu lebih pantas kalau mahu kejar kejuaraan,” ujarnya selepas berdepan kesukaran mengawal tayar di permulaan perlumbaan.

Verstappen sedar hanya keputusan sempurna mampu mengubah keadaan menjelang empat perlumbaan terakhir di Brazil, Qatar, Las Vegas dan Abu Dhabi.

“Jurang mata agak besar. Saya perlukan hujung minggu yang sempurna dan kami tak dapat itu kali ini. Tapi secara matematik, peluang masih ada. Mulai sekarang, kami mesti menang semua. Kalau tidak, ia memang takkan berlaku,” katanya.

Sebelum ke Mexico, Verstappen sebenarnya berada dalam prestasi cemerlang selepas memenangi tiga daripada empat perlumbaan terakhir, namun prestasi hambar di Mexico mengembalikan tekanan dalam perebutan gelaran dunia 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI