fbpx
Suspek (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Mahkamah Majistret Marang hari ini.

Tipu urus niaga: Permohonan reman usahawan hartanah ditolak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Permohonan Polis Diraja Malaysia untuk mereman seorang usahawan hartanah dan adik lelakinya yang disyaki terlibat dalam kes penipuan urus niaga tanah sekali lagi ditolak di
Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Athirah Hashim memutuskan demikian selepas mendengar permohonan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan usahawan hartanah terbabit berusia 38 tahun dan adiknya berusia 31 tahun tersebut disiasat bagi membantu siasatan kes penipuan urus niaga tanah melibatkan amaun RM26,000 di Hulu Terengganu pada tahun 2023.

Peguam, Ahmad Adha Amir Yasser yang mewakili mereka berkata, anak guamnya telah ditahan semula selepas permohonan reman dibuat polis di Mahkamah Majistret Dungun ditolak kelmarin.

Beliau berkata, usahwan hartanah tersebut adik lelakinya kemudian dibawa ke lbu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dekat sini.

“Sama seperti di Mahkamah Majistret Dungun, alasan penolakan tersebut disebabkan anak guam saya pernah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan sebelum ini.

“Saya berhujah elemen siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ini dilihat tidak lengkap kerana perjanjian jual beli dan tanah itu wujud,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Mahkamah Majistret Dungun menolak permohonan reman terhadap usahawan hartanah tersebut dan adik lelakinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI