fbpx
Anggota polis membawa suspek selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG/ KOSMO!

Tetak anak saudara angkara dendam lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Angkara dendam dan perselisihan faham lama, seorang lelaki cedera parah selepas ditetak bapa saudara angkatnya dalam kejadian di Kampung Gong Kulim, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 44 tahun cedera di bahagian lengan hingga bahu kanan dan sebahagian badannya selepas ditetak dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan dua lelaki pada pukul 6.45 petang. Katanya, siasatan awal mendapati, suspek berusia 55 tahun mempunyai pertalian adik angkat dengan ibu mangsa.

“Suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai menetak lengan hingga bahu kanan mangsa selain badan. Siasatan lanjut mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca akibat perselisihan faham yang sudah lama tercetus antara mereka.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN