fbpx
Isham (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan Kada pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Roboh pangkalan haram kawal penyeludupan ternakan, sayur-sayuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Usaha pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja perobohan 223 pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand mampu mengawal kemasukan lembu dan haiwan ternakan tanpa vaksin dari Thailand yang berisiko membawa penyakit berjangkit seperti rabies.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak berkata, kegiatan penyeludupan haiwan ternakan tanpa vaksinasi lengkap dikhuatiri boleh menimbulkan ancaman biosekuriti terhadap industri ternakan tempatan.

Menurutnya, tindakan merobohkan pangkalan haram dapat memperkukuh kawalan kemasukan ternakan dan sayur-sayuran melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dipantau dengan lebih teratur.”Thailand sudah isytihar mempunyai penyakit rabies. Jadi, binatang ternakan yang diseludup boleh menjadi ancaman biosekuriti makanan kerana penyakit boleh tersebar dan mengganggu ternakan kita yang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Isham memberitahu, banyak syarikat telah membelanjakan jumlah pelaburan besar dalam membangunkan fidlot dan pusat pembiakan lembu daging termasuk lembu tenusu di negara ini.

Menurutnya, KPM akan terus melindungi industri tersebut daripada ancaman penyakit yang berpunca daripada kegiatan penyeludupan.

“Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dengan kerja perobohan pangkalan haram mampu memberi hasil positif dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN