fbpx
Kerajaan telah membelanjakan lebih RM87 juta bagi menyelesaikan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setakat Disember tahun lalu.

RM87 juta dibelanjakan untuk Skim Khairat Kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan lebih RM87 juta bagi menyelesaikan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) bawah Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setakat Disember tahun lalu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tuntutan itu membabitkan seramai 71,000 penerima STR atau pasangan dan 16,000 pasangan yang meninggal dunia pada 2024.

Beliau berkata, bagi tahun ini, SKK bernilai RM1,000 secara one-off adalah untuk penerima STR dan pasangan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

“SKK yang disediakan kerajaan adalah bagi meringankan beban ahli keluarga dalam jangka pendek, selain menampung kos-kos berbangkit selepas kematian.

“Tempoh tuntutan SKK ini boleh dibuat oleh pasangan atau waris yang didaftarkan di dalam pangkalan data STR di Cawangan BankSimpanan Nasional (atau BSN) dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Hassan Saad (PN-Baling) berkenaan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan skim khairat kematian khusus bagi golongan B40 sebagai bantuan meringankan beban waris.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI