PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri sehingga pukul 4 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Kedah, Perak, Kelantan dan Sabah dilanda cuaca buruk.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam ramalan cuaca buruk ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar di Perak.
“Selain itu, amaran hujan berterusan berlaku di Selangor, ribut petir turut dijangka di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Machang,” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan di Sabah. -KOSMO! ONLINE














