fbpx
Lelaki OKU serta ibunya menunjukkan kesan kecederaan akibat insiden disamun berkenaan ketika ditemui di salah sebuah flat di Seremban semalam.

Saya tidak minta duit, tapi abang itu sangat baik – Pemuda OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini tular di media sosial selepas disamun ketika mencari kerja di ibu negara merayu kepada orang ramai supaya tidak memperbesarkan kejadian yang menimpa dirinya.

Lelaki berusia 21 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak berniat untuk menipu orang ramai menyatakan tidak mempunyai ibu seperti dalam video tular kerana tidak mahu wanita itu bimbang dengan dirinya yang dikatakan lari dari hospital.

“Saya tidak mahu tinggal hospital. Selepas disamun (di Kuala Lumpur), saya cuma minta air dekat abang yang tularkan kisah saya sebab haus. Tetapi abang itu minta saya duduk dan berikan makanan.

“Saya terpaksa beritahu ibu sudah tiada kerana tidak mahu hal jadi makin besar. Saya tidak minta duit, tapi abang itu sangat baik kerana memberikan saya makanan, duit, dan tiket untuk pulang ke Seremban melalui Terminal Bas Sepadu (TBS).

“Saya masih belum membuat laporan polis tentang kejadian samun itu atas beberapa sebab walaupun kepala benjol, manakala lengan saya dipukul dengan kayu. Dokumen peribadi saya juga hilang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, ibu pemuda itu yang mahu dikenali sebagai Sara, 40-an, berkata, anak lelakinya itu tinggal bersamanya dan bapa tiri sebelum ini, namun pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Berita berkaitan: Dakwa disamun, remaja OKU sujud tanda terima kasih

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang menolong anak saya. Anak saya tidak mabuk (dalam video tular) jadi jangan besarkan kisah ini lagi,” ujarnya.

Baru-baru ini seorang pengusaha makanan berkongsi video membantu seorang lelaki OKU yang mendakwa menjadi mangsa samun dan dipukul sebaik tiba di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan sehingga tular dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI