fbpx
TANG JIE (depan) berkemungkinan besar tidak mengambil bahagian pada Korea Masters minggu depan. - AFP

Nova waspada kecederaan Tang Jie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengambil langkah berjaga-jaga dengan kondisi Cheng Tang Jie selepas pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan pada bahu kanannya.

Selepas menarik diri daripada menyertai Terbuka Hylo di Jerman, Tang Jie yang berpasangan dengan Toh Ee Wei mungkin tidak akan beraksi pada Korea Masters di Iksan City dari 4 hingga 9 November depan.

Nova berkata, keputusan itu dibuat selepas disarankan oleh pakar fisioterapi selain baru sahaja berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung kecederaan dialaminya.

“Untuk Tang Jie, hari ini (semalam) dia baru pergi berjumpa dengan doktor dan belum tahu hasilnya bagaimana. Pakar fisioterapi menyarankan dia untuk menarik diri (Terbuka Hylo) kerana bimbang koyak (otot).

“Korea pun tidak akan ikut, mungkin (menyertai) Kumamoto Masters dan Terbuka Australia. Kita tunggu keputusan daripada doktor tetapi dari segi fisioterapi, mungkin boleh kembali dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Tang Jie mengalami kecederaan itu ketika menentang beregu Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada Terbuka Perancis yang berlangsung di Cesson-Sevigne minggu lalu.

Meskipun masih dibelenggu kecederaan, namun Nova menjelaskan anak buahnya itu masih menunjukkan kemahuan cukup tinggi apabila turun menjalani latihan ringan di gelanggang bersama rakan sepasukan.

“Dia minta untuk melakukan latihan ringan kerana tidak boleh tidur. Jadi, untuk sementara waktu ini dia akan melakukan latihan ringan serta fizikal dahulu kerana kakinya tidak ada kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI