PETALING JAYA – Polis berjaya mengesan seorang wanita berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Residensi High Park, SS6/7, Kelana Jaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu pada pukul 9.33 pagi.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Mah Hui Luen, mempunyai ketinggian 1.67 meter dengan berat kira-kira 57 kilogram.
“Mangsa berkulit putih, berambut panjang berwarna hitam, berhidung mancung dan mempunyai bibir yang nipis,” katanya dalam kenyataan malam ini. – KOSMO! ONLINE














