fbpx
Operasi mencari mangsa yang hilang dilaksanakan sejak petang semalam oleh pihak bomba.

Warga emas hilang ketika cari lembu di Lubok Merbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar mencari lembu di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau di sini kelmarin.

Zahari Zainuddin, 70, dilaporkan tidak pulang ke rumahnya selepas keluar pada pukul 6 petang untuk memberi makan haiwan peliharaannya.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 1.41 tengah hari dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan dengan mengaplikasikan konsep LAST iaitu ‘Locate, Access, Stabilize dan Transport’.

“Dalam operasi semalam, pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan. Mereka akan mengikut jejak terakhir mangsa dengan radius pencarian sekitar tiga kilometer.

“Operasi disambung pada pukul 9 pagi tadi dan dibahagikan kepada empat sektor meliputi radius pencarian kira-kira tujuh kilometer,” katanya yang memberitahu operasi turut disertai Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI