fbpx
Seorang petugas kesihatan terkejut melihat seorang pesakit menangis diceraikan suami selepas mengetahui isterinya diperiksa oleh doktor lelaki.

Jatuh talak jika doktor lelaki periksa isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang petugas kesihatan terkejut melihat seorang pesakit menangis diceraikan suami selepas mengetahui isterinya diperiksa oleh doktor lelaki.

Sebelum itu, wanita tersebut mendengar pesanan suara yang dihantar suaminya mengatakan jika doktor lelaki memeriksa isterinya, maka jatuh talak.

Menerusi perkongsian petugas tersebut, pesakit berkenaan dimasukkan ke hospital kerajaan untuk rawatan apendiks ketika mengandung anak kedua.

“Di hospital kerajaan, pesakit memang tidak boleh pilih doktor lelaki atau perempuan kerana kekurangan tenaga kerja. Selepas selesai doktor (lelaki) periksa, pesakit menangis.

“Ingatkan menangis kerana sakit, rupanya si suami menghantar pesanan suara (voice note) melalui WhatsApp mengharamkan isterinya diperiksa oleh doktor lelaki. Kalau tidak, jatuh talak,” ujarnya.

Tambahnya, pesanan suara itu diketahui pesakit selepas pemeriksaan dijalankan oleh doktor lelaki dengan kehadiran jururawat perempuan selesai dilaksanakan.

Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi termasuk yang mempersoalkan kefahaman agama suami dalam menekankan keperluan memahami hukum darurat dalam situasi perubatan.

“Saya pernah tengok pesakit wanita diperiksa doktor lelaki dengan penuh hormat, bukannya penuh ghairah. Sebelum pemeriksaan, dia (doktor) siap minta maaf dahulu kepada pesakit,” kata Syafira.

“Kami pun pernah terima suami pesakit haramkan terima sebarang suntikan bius, kalau tidak, akan jatuh talak. Pesakit sampai menangis-nangis nak bersalin,” komen @Glorytulips

“Nak doktor perempuan pergi swasta. Hospital kerajaan memang tiada pilihan nak doktor jantina apa sebab pesakit ramai, doktor tak cukup tangan,” kata Khalis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI