fbpx
Maklumat palsu berhubung pemberian pokok bunga secara percuma di kawasan Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara

Jangan ambil pokok bunga Taman Tasik Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiada agihan pokok bunga percuma di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara selepas penganjuran KL Park Festival 2025.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, dakwaan di media sosial konon terdapat pemberian pokok bunga secara percuma di kawasan Taman Tasik Titiwangsa adalah tidak benar.

“Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanaman hiasan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses penutupan acara tersebut.

“Tiada sebarang agihan pokok bunga kepada orang awam dibenarkan,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran serta tidak mengambil sebarang tanaman atau bahan hiasan di tapak festival.

Menurut DBKL, tindakan itu bagi memastikan keselamatan awam dan kelancaran kerja-kerja pembersihan.

Kata DBKL, orang ramai turut dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan hanya merujuk kepada saluran rasmi DBKL bagi mendapatkan pengesahan atau maklumat terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN