fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorlogi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari.

Ia membabitkan keseluruhan Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling dan Kulim.

Selain itu, di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah manakala di Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang) termasuk Putrajaya.

Bagi Negeri Sembilan, cuaca buruk diramalkan tertumpu di Seremban, Port Dickson dan Rembau sementara di Melaka melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Tambah MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan di Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan), Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI