fbpx
SANCHO dilihat kecewa apabila masuk sebagai pemain gantian, namun gagal menamatkan perlawanan apabila dia sekali lagi digantikan pemain lain. - AFP

EPL: Emery beri alasan insiden malukan Sancho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Selepas insiden yang dianggap memalukan berlaku menimpa pemain pinjaman Aston Villa, Jadon Sancho ketika aksi menentang Manchester City, pengendali pasukan itu, Unai Emery tampil memberikan penjelasan.

Pada perlawanan tersebut yang menyaksikan Villa meraih kemenangan 1-0, Sancho masuk sebagai pemain gantian untuk menggantikan Emiliano Buendia yang mengalami kecederaan pada minit ke-29.

Bagaimanapun, detik dianggap memalukan berlaku apabila pada minit ke-74, dia telah dipanggil keluar dan digantikan dengan pemain lain, Evann Guessand sekali gus ia menjadi episod yang mengecewakan buat Sancho.

“Saya rancang untuk dia bermain sekitar 60 minit, tetapi itu juga cukup lama. Dia mendapat peluang untuk membuktikan bakat dan kemampuannya.

“Sudah tentu kadang-kadang pemain akan berasa malu dan marahkan saya jika perkara seperti itu berlaku, tetapi ini adalah keputusan melibatkan taktikal. Itu rancangan saya jika berlaku perkara yang merugikan pasukan dan saya fikur Sancho telah bermain dengan baik sepanjang 45 minit,” katanya.

Selepas digantung daripada menjalani latihan bersama skuad utama di United sepanjang musim panas lalu, Sancho berdepan isu kesihatan dan baharu sahaja pulih menyebabkan Emery sedar bahawa pemain itu masih belum berada pada tahap kecergasan terbaik.

Selepas berhijrah ke United dari Borussia Dortmund pada 2021, Sancho berdepan masalah prestasi yang cukup ketara dan sehingga kini masih belum mampu memulihkan reputasinya yang tercalar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI