fbpx
HAALAND (tengah) kemungkinan tidak akan diturunkan menentang Swansea pada pusingan keempat Piala EFL awal pagi esok. - AFP

City perlu ringankan beban Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Tijjani Reijnders menggesa rakan sepasukan supaya mengambil tanggungjawab untuk menjaringkan gol dan tidak sekadar mengharapkan penyerang, Erling Haaland.

Haaland dijangka direhatkan pada aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Swansea City di Stadium Swansea awal pagi esok selepas mengalami kecederaan ketika tewas kepada Aston Villa pada Ahad lalu.

Justeru, Reijnders menegaskan, aksi bertemu Swansea merupakan masa terbaik untuk pemain-pemain lain tampil menggalas tanggungjawab merobek pintu gol lawan, tugas yang sering dipikul Haaland selama ini.

“Kami tidak boleh hanya bergantung kepada Haaland walaupun tugas utamanya adalah untuk membantu pasukan dengan jaringan. Kadang-kadang, kami juga perlu mengambil tanggungjawab itu (menjaringkan gol).

“Apa yang kami perlu buat adalah berada dalam posisi yang betul dan jika ada rezeki, kami boleh melakukan jaringan. Itulah yang perlu kami lakukan ketika bertemu Swansea nanti,” katanya.

Pemain Belanda itu juga menganggap dia dan rakan sepasukan gagal untuk mempamerkan corak permainan sebenar sehingga terpaksa menanggung kekalahan ketika bertemu Villa selain membolehkan Arsenal terus gah di persada liga.

“Saya fikir kami kurang agresif pada perlawanan itu dan ia merupakan kesilapan cukup besar. Selain itu, kami juga banyak memberikan ruang buat pasukan lawan untuk mencipta peluang menjaringkan gol,” ujar Reijnders. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI