fbpx
Gambar dikongsikan Anwar di Facebook beliau.

Bila PMX berehat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dalam kesibukan menguruskan hal pentadbiran negara yang padat setiap hari, ramai yang tertanya-tanya bila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berehat?

Seolah-olah tiada istilah cuti dalam kamus hidup beliau, Anwar atau mesra disapa PMX sering menjadi tumpuan apabila dilihat menghadiri pelbagai program sama ada di dalam atau di luar negara.

Semalam, Anwar selesai mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 melibatkan beberapa mesyuarat peringkat pegawai dan menteri merangkumi aspek ekonomi, pelaburan, geopolitik, keselamatan, digital, kecerdasan buatan, komunikasi dan tenaga.

Bagaimanapun, hari ini menerusi perkongsian di media sosialnya, Anwar memaklumkan beliau memulakan tugas di pejabatnya seperti biasa.

“Kembali ke pejabat,” katanya ringkas menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan Perdana Menteri seolah-olah ‘tiada rehat’, malah ada pengguna media sosial yang meminta tips untuk mengekalkan tenaga secara optimum seperti beliau.

“PMX ni minum apa sampai tak (tiada istilah) penat? Ada tips tak? Saya balik satu meeting (mesyuarat) pun dan lembik badan, otak,” soal Syukri.

“Terbaik PMX, memang tak pernah kenal erti penat, bersambung-sambung kerja,” kata Noor.

“Saya yang tengok pun penat. Moga dilimpahkan kebaikan dan rahmat DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Terima kasih kerja keras untuk Malaysia,” kata MK Syuhaira Ramly.

“Selamat bertugas PMX. Terima kasih kerana sentiasa menjadi contoh ketabahan dan kepimpinan yang hebat. Moga Allah limpahkan kesihatan dan keberkatan atas segala usaha,” kata Firdaus Basri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI