fbpx
Gambar hiasan

Balik kampung sambut Ramadan sekali Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan ibadah puasa tahun depan dijangka jatuh pada cuti panjang Tahun Baharu Cina membuatkan ramai mula berkira-kira untuk balik kampung bagi menyambut Ramadan.

Tarikh itu membuatkan orang ramai teruja apabila berpeluang menyambut hari pertama Ramadan di kampung halaman bersama keluarga.

Orang ramai turut menjangkakan lebuh raya utama akan sesak teruk berukutan kaum Melayu dan Cina bertembung untuk balik ke kampung masing-masing.

Menerusi hantaran di media sosial, ramai anak rantau yang bersyukur dengan cuti panjang demi menikmati suasana berbuka puasa pertama di kampung setelah penat bekerja di bandar.

“Alhamdulillah, bersyukur sebab dapat berbuka puasa dengan ayah. Nanti sambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga suami pula,” kata Alfianah.

“Padanlah suami aku cakap bos dia pening sebab nak kena beri angpau dan duit raya,” komen @Aisyahafendi9192

Tinjauan Kosmo! mendapati impak positif kepada sektor pengangkutan dan pelancongan domestik, apabila ramai mula merancang perjalanan untuk pulang ke kampung atau bercuti sempena dua perayaan utama tersebut.

“Tiket balik Sabah Sarawak bertambah mahal. Diharap kerajaan dapat kerjasama dengan syarikat penerbangan,” komen pengguna laman Facebook.

“Jalan raya mesti berasap sebab kesesakan. Semua balik waktu serentak,” komen pengguna TikTok.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan suasana cuti panjang itu turut menjangkakan aliran trafik meningkat dengan kebanyakan pelajar dan penjawat awam bakal bercuti panjang untuk dua sambutan itu. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI