fbpx
Tangkap layar video menunjukkan anggota tentera itu menendang motosikal dan kaki tetamu yang mencuri makanan. - TikTok

Askar tendang tetamu tak diundang curi lauk di majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang tetamu tidak diundang mengundang perhatian orang ramai apabila ditangkap mencuri masakan daging dari sebuah majlis perkahwinan di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Bandung, wilayah Jawa Barat baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarbandung menunjukkan tetamu itu dikepung orang ramai dan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI). 

Dia kemudian mengeluarkan sebuah bekas berisi makanan daripada beg miliknya. 

Selain ditengking, anggota tentera itu menendang motosikal dan kakinya secara berulang kali. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 31,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa sampai perlu tendang?” kata seorang netizen

“Sebab makanan sampai ditendang. Tolong kira jumlah kerugian, saya akan bayar ganti rugi. Keluar air mata saya tengok video ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI