JAKARTA – Penduduk di Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta terkejut apabila sebuah warung bakso yang sering dikunjungi mereka mengandungi daging babi selepas sembilan tahun beroperasi, lapor portal berita Metro TV.
Warung itu mula beroperasi sejak tahun 1990-an sebelum menetap di kampung Ngestiharjo pada 2016.
Penipuan itu terbongkar selepas ahli Majlis Masjid Indonesia (DMI) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) memasang kain rentang yang bertulis ‘Bakso Babi (Tidak Halal) di warung tersebut.
Ketua DMI Ngestiharjo, Arif Widodo berkata, pemasangan itu dilakukan sebagai tanda prihatin kepda umat Islam agar tidak tersilap membeli makanan tidak halal.
“Ramai penduduk melihat pembeli beragama Islam termasuk wanita yang memakai tudung, membeli bakso di warung itu. Makanan itu tidak halal,” kata Arif semalam. – AGENSI














