fbpx
Sebilangan peserta yang ditahan. - CNN INDONESIA

29 peserta pesta gay positif HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 29 daripada 34 lelaki yang ditahan dalam satu pesta gay di Surabaya, wilayah Jawa Timur disahkan positif virus kurang imun (HIV), lapor laman berita Tribunnews.

Ketua Pejabat Kesihatan Kota Surabaya, Nanik Sukristina berkata, mereka ditahan di sebuah bilik hotel di Ngagel.

“Daripada 34 orang yang menjalani pemeriksaan kesihatan, 29 disahkan positif HIV. Kebanyakan mereka berasal dari luar bandar,” kata Nanik.

Tambahnya, Pejabat Kesihatan sedang bekerjasama dengan Polis Kota Surabaya untuk pemantauan perubatan.

“Pejabat Kesihatan sedang bekerjasama dengan Polis Kota Surabaya untuk pemantauan perubatan kerana mereka masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Khidmat Masyarakat Polis Surabaya, Asisten Komisioner Kanan Erika Purwana Putra berkata, ketika serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, sebahagian besar lelaki tersebut berada dalam keadaan tanpa seurat benang.

Ketua Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Surabaya, Inspektor Pertama Octo Mamoto pula mendedahkan, setiap peserta pesta gay itu mempunyai peranan masing-masing dalam acara tersebut.

“Ada yang menjadi penganjur acara, pembiaya, pentadbir media sosial dan peserta yang mendaftar melalui kumpulan media sosial.

“Enam lelaki pula memainkan peranan sebagai wanita dalam melakukan hubungan sejenis,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI