fbpx
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

2.4 hektar hutan terbakar di Jalan Pulau Angsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kebakaran hutan seluas 2.4 hektar dilaporkan berlaku di Jalan Pulau Angsa, Taman Perdana Height di sini, hari ini.

Penolong Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.15 petang dengan 18 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.

Menurutnya, ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, BBP Kapar, BBP Sungai Buloh dengan bantuan tiga unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki air.

“Berdasarkan laporan mendapati keluasan kebakaran adalah 2.4 hektar.

“Kebakaran berjaya dikawal pukul 6.05 petang dengan 80 peratus kawasan berjaya dipadam,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kerja-kerja pemadaman untuk baki 20 peratus lagi kawasan kebakaran masih diteruskan pihak bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI