fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Cikgu Aiman di laman TikTok.

[VIDEO] Guru ‘raja’ mesin fotostat cetak 4,414 helai dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru menjadi perhatian netizen selepas menerima penghargaan unik di sekolah apabila direkodkan sebagai individu paling banyak menggunakan mesin fotostat.

Perkongsian video oleh @Cikgu Aiman di TikTok memaparkan guru berkenaan telah mencetak sebanyak 4,414 helai dokumen, menjadikannya pengguna paling aktif mesin fotostat.

Difahamkan, mesin itu menggunakan sistem log masuk ID pekerja bagi setiap cetakan, membolehkan jumlah penggunaan direkod dengan mudah. Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Saya pun pernah dapat dan hadiahnya dua rim kertas,” ujar @Azma.

“Mesti cikgu ni selalu bagi kerja sekolah,” komen @Vzfv.

“Hahaha macam memerli pun ada ya,” kata @Smile.- KOSMO! ONLINE.

@cikgu.aiman Lain dari yang lain 🤣 #anugerah #mesyuarat ♬ original sound – Cikgu Aiman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI