fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan tiga feri di sebuah dermaga di Langkawi, hari ini.

Tiga feri berlabuh di dermaga Langkawi terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Tiga buah feri yang berlabuh di sebuah dermaga di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.29 pagi.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan tiga buah feri yang didapati sedang marak. “Ketiga-tiga feri itu masing-masing musnah 90 peratus, 70 peratus dan 10 peratus di bahagian kiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Langkawi dan Padang Matsirat.

“Anggota menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan air dari pili bomba dengan bantuan tangki air serta satu aliran buih,” ujarnya.

Tambah beliau, sebuah feri lain yang tidak terkena api telah ditarik keluar dari kawasan dermaga bagi mengelakkan api merebak.

Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan setakat pukul 8 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI