fbpx
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun terpaksa bermandi peluh sebelum menewsakan Arif-Roy King di pusingan pertama Terbuka Hylo. - AFP

Terbuka Hylo: Wei Chong-Kai Wun singkir ‘adik seguru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Saarlandhalle, Saarbrucken sebentar tadi, mereka menewaskan rakan sepasukan, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-16, 19-21, 21-16.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Wei Chong-Kai Wun dijangka tidak berdepan masalah tetapi sebaliknya yang berlaku apabila Arif-Roy King memberikan tentangan sengit.

Kedua-dua beregu bimbingan Herry Iman Pierngadi itu mempamerkan aksi cukup baik dalam ketiga-tiga set permainan, namun nasib lebih memihak Wei Chong-Kai Wun.

Gandingan No.5 dunia itu pastinya mahu melakar keputusan lebih baik di Terbuka Hylo selepas tersingkir di pusingan suku akhir pada Terbuka Perancis minggu lalu.

Menjelang pusingan kedua nanti, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dan pasangan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI