fbpx
Abu Ibon (baju merah) bersama penduduk setempat melihat keadaan projek pembaikan tebing sungai Taman Oakland yang sedang dilaksanakan bagi atasi masalah hakisan tanah di kawasan perumahan berkenaan. - Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

Projek pembaikan tebing sungai legakan penduduk Taman Oakland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penduduk di Taman Oakland di sini menarik nafas lega apabila projek pembaikan tebing sungai Taman Oakland bernilai RM3.45 juta mula dilaksanakan selepas mereka hidup dalam kebimbangan akibat hakisan tanah yang semakin serius.

Masalah hakisan yang bermula kecil dua tahun lalu menyebabkan penduduk, terutamanya golongan warga emas, hidup dalam keresahan setiap kali hujan lebat berikutan risiko tanah runtuh yang semakin meningkat.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Oakland, Abu Ibon, 63, berkata, penduduk sebelum ini sering bimbang apabila melihat tebing sungai semakin mendap hingga menyebabkan permukaan jalan mula merekah. “Saya tinggal di sini sejak 2008. Dua tahun lalu hakisan kecil mula berlaku, tapi makin lama makin teruk. Aduan pun terus dibuat dan pada bulan Jun lalu kontraktor mula bersihkan kawasan dan ratakan tanah. Sekurang-kurangnya sekarang nampak ada tindakan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sejak kejadian hakisan tanah berlaku, sebahagian jalan berhampiran tebing ditutup dan penduduk tidak dibenarkan meletak kenderaan di situ bagi mengelak risiko tanah runtuh.

“Kami lega bila nampak kerja-kerja pembaikan bermula, tapi masih berjaga-jaga terutama waktu hujan. Ada paip dan kabel bawah tanah, jadi kita tetap risau,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, kejadian hakisan tanah berkenaan sememangnya memberi kesan kepada penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan runtuhan tebing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI