fbpx
Wei Hai (gambar kecil) diburu polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki dalam bagasi di Butterworth, 9 Oktober lalu.

Polis jejak Wei Hai kes mayat dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan individu bernama Ong Wei Hai bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki yang disumbat dalam bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu beralamat terakhir di A-7-07, Villa Tanjung, Jalan Villa Tanjung, Butterworth.

“Individu terbabit kini dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini. Justeru, beliau memberitahu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Norhaslinda Rahmat ditalian: 04-576 2222 atau mana-mana balai berhampiran.

Rabu minggu lalu, media melaporkan polis menahan empat individu termasuk dua wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat, Lee Boon Han, 31, yang mayatnya ditemui disumbat dalam satu bagasi besar.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Butterworth dan Kampar di Perak.

Pada 9 Oktober lalu, mayat Boon Han yang merupakan ejen insurans ditemukan dalam keadaan leher dikelar dan tangan diikat, selain kepalanya diserkup dengan plastik.

Bagasi itu ditemui pekerja pembersihan saluran ketika bertugas di kawasan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa mendapati dia maut akibat sesak nafas atas perbuatan kejam suspek. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI