fbpx
Tangkap layar sambutan hari lahir Presiden Brazil di Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

PMX buat kejutan raikan hari lahir Presiden Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bertukar meriah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan meraikan hari lahir Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Acara yang dihadiri ketua-ketua kerajaan dan delegasi antarabangsa itu bertukar ceria apabila pengacara majlis menjemput Anwar serta Lula naik ke pentas untuk bersama-sama memotong kek khas yang disediakan bagi meraikan hari istimewa pemimpin Brazil tersebut.

Nyanyian lagu Happy Birthday mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan ketika mereka berjalan beriringan menuju ke pentas sambil disambut dengan senyuman dan ucapan tahniah.

Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang memuji tindakan Anwar yang disifatkan sebagai tanda mesra diplomatik antara Malaysia dan Brazil.

“Sebab itu pentingnya membina hubungan diplomatik. Andai kita pergi negara mereka, sudah tentu orang-orang sana senang dengan kita sebab adab kita melayan tetamu dengan ikhlas. Semuanya bermula dari pemimpin itu sendiri,” komen Miow.

“Lain macam, ASEAN Summit kali ni memang luar biasa,” kata Ku Zahri Yusoff.

“Walaupun ASEAN Summit ni formal dan etika yang tegas, tapi bila dipengerusikan dengan orang yang baik jadi ‘sempoi’ rasa, sampai boleh sambut hari lahir lagi. Adab menyambut tetamu,” komen Izzudinn.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Lula mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan ia merupakan lawatan bersejarah amat bermakna kerana beliau hadir sebagai Tetamu Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI