fbpx
Kerja-kerja merobohkan struktur jeti menggunakan jengkaut di pangkalan haram Gergaji, Rantau Panjang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Kerja meroboh jeti haram Sungai Golok bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Kerja-kerja perobohan 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand yang dikesan menjadi lokasi penyeludupan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pangkalan haram Gergaji dan MCA di sini menjadi perintis kepada kerja-kerja perobohan itu yang dijangka mengambil masa dua bulan.

Katanya, semakan mendapati sebanyak 216 daripada 223 jeti haram bermula dari Pengkalan Kubor hingga Jeli itu dibina atas tanah kerajaan. “Baki tujuh struktur binaan dibuat atas tanah milik persendirian. Perkara ini sudah hampir setahun saya maklumkan dan masyarakat faham tujuan sebenar tindakan perobohan dijalankan.

“Justeru, semua penduduk perlu memberi kerjasama penuh sepanjang tugasan itu dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas turun padang meninjau kerja-kerja perobohan di pangkalan haram Gergaji di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Nik Raisnan Daud.

Mohd. Yusoff berkata, kerja-kerja perobohan selama dua bulan itu akan dipantau pihak polis dan agensi terlibat. Tindakan itu diyakini mampu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan di Kelantan.

Katanya, beliau percaya perobohan jeti haram itu sudah berada dalam pengetahuan pihak berkuasa Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI