PETALING JAYA – Tindakan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang dilihat berada di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur malam tadi mencuri perhatian ramai apabila video beliau tersebar di media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, Anutin dilihat berjalan dari sebuah kedai makan menuju ke kenderaannya sambil sempat beramah mesra dengan pengunjung lain yang berada di situ.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengguna yang memuji sikap pemimpin itu yang kelihatan mesra dan tidak kekok menikmati suasana di Malaysia.
“Baru dia tahu tomyam Malaysia penuh dengan serai,” komen @idayu1118
“Budaya Thailand dan Malaysia lebih kurang sama. Dekat Thailand pun ada juga lebih kurang macam pasar seni,” kata Din.
“Betul ke ni? Rakyat Malaysia pulak beratur dekat sempadan nak makan di tempat dia,” komen @tclizard_
Terdahulu, Anutin berada di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE














