fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

‘Penghidap penyakit resdung ialah orang yang degil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pesakit resdung dikenal pasti antara golongan yang paling degil apabila melibatkan soal rawatan penyakit mereka, demikian menurut seorang graduan perubatan, Muadz Radzuan.

Dalam satu perkongsian di TikTok, dia berkata, penyakit resdung atau sinusitis tidak boleh sembuh sepenuhnya dan hanya boleh dikawal dengan rawatan berterusan.

Katanya, kebanyakan pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila simptom sudah teruk seperti bersin tanpa henti, hidung tersumbat dan sukar tidur pada waktu malam.

“Bila dah ambil ubat pun, mereka pakai seminggu je, lepas tu berhenti. Sepatutnya kena teruskan beberapa minggu sampai doktor sahkan simptom dah terkawal,” katanya.

Menurut Muadz, sikap sambil lewa dalam rawatan menyebabkan penyakit itu mudah berulang dan mengambil masa lebih lama untuk pulih.

Dia turut menegaskan bahawa langkah pencegahan adalah aspek paling penting bagi pesakit resdung, terutama mengelakkan diri daripada bahan pencetus alahan seperti habuk dan bulu kucing.

“Kalau tahu diri allergic habuk, jangan pandai-pandai kemas rumah tanpa perlindungan. Pakai mask, itu penting,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh netizen.

“Betul tu. Abang sulung aku degilnya ya ampun. Kami adik bradik pula ‘stress’ dengan dia,” ujar @Everydayyanie.

“Bab makan ubat memang saya degil sikit. Dah teruk baru pergi klinik,” kata @Adel.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI