fbpx
SEORANG pelajar lelaki menyamar menjadi wanita di UTM. - Foto Istimewa

Pelajar ‘kantoi’ selinap masuk asrama perempuan pakai tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelajar Universiti Trunojoyo Madura (UTM) di Bangkalan, wilayah Jawa Timur nekad menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung untuk memasuki asrama perempuan, lapor laman berita Detik semalam.

Tindakan itu dilakukan kerana dia ingin bertemu bekas teman wanitanya yang tinggal di situ.

Menurut laporan DetikJatim, tindakan pelajar lelaki berusia 21 tahun itu menjadi tular di media sosial apabila dia ditahan oleh penduduk dan polis ketika keluar dari asrama perempuan pada Khamis lalu.

Kes itu tidak dibawa ke muka pengadilan, namun pelajar berkenaan yang hanya dikenali sebagai MAF, telah menulis surat pengakuan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

“Setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu, anggota polis terus menuju ke lokasi dan menahan pelajar berkenaan bersama salah seorang penghuni asrama untuk diambil keterangan,” kata Ketua Bahagian Penerangan Polis Bangkalan, Inspektor Agung.

Menurut Agung, pelaku nekad menyelinap masuk secara senyap-senyap ke dalam asrama perempuan dengan memakai tudung semata-mata untuk meminta maaf kepada bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai IF. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI