fbpx
PELAKON Uqasha Senrose hari ini diberi amaran oleh mahkamah agar hadir dengan peguam ganti jika ingin meneruskan prosidingh tuntutan cerainya pada sebutan akan datang.

Peguam cerai tarik diri, Uqasha Senrose diberi amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Prosiding kes perceraian pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu susulan aktres berkenaan hadir tanpa diwakili peguam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Peguam syarie mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh berkata, peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada kes tersebut dan perkara tersebut hanya dimaklumkan pada prosiding kedua hari ini.

“Hari ini kita dikejutkan dengan situasi peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini tarik diri.

“Saya percaya patutnya ada peguam baharu yang hadir, tapi tadi tiada. Jadi hanya sebelah pihak sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Ujar Abdul Hadi, mahkamah juga memberi p amaran dan peluang kepada pihak Uqasha selaku plaintif untuk hadir semula bersama peguam bagi meneruskan prosiding akan datang.

“Hakim bagi peluang dan juga amaran untuk pihak plaintif hadir sekali lagi dengan peguam untuk teruskan kes ataupun tidak,” katanya lagi.

Hari ini, mahkamah turut menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI