fbpx
Anwar pada sidang media Majlis Penutupan ASEAN Ke-47 di KLCC hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

Malaysia berani suarakan konflik Gaza depan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Anwar berkata, konflik Gaza sentiasa menjadi perkara utama yang dibangkitkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan menyeru supaya memberikan penyelesaian yang menyeluruh.

“Kita boleh menjerit di sini tapi orang mati di Gaza, dibunuh, dibom. Caranya bagaimana? Maki Israel, sudah…. marah ke AS, sudah…. tapi ini kesempatan kita berjumpa supaya dihentikan serangan dan larang penaklukan Tebing Barat. Apakah berhasil sepenuhnya, tidak… tetapi sekurang-kurangnya dihentikan serangan pembunuhan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, AS mengumumkan pelan komprehensif yang mengandungi 20 perkara bagi menamatkan konflik di Gaza.

Bagaimanapun, Anwar berpandangan bahawa pelan damai itu perlu adil dan memberi penghormatan kepada rakyat selain memastikan tiada berlaku sebarang kecurangan.

“Dalam sidang, kita minta agar (pelan) yang menyeluruh. 20 perkara itu tidak cukup komprehensif kerana tak sebut tentang negara Palestin, Kemudian sekarang dia sebut, jangan serang dan jangan takluki Tebing Barat.

“Bila kenyataan ini kita lakukan, jangan sokong saya, namun berilah sokongan kepada perdirian Malaysia kerana siapa yang sebut? Malaysia. Depan siapa? Donald Trump,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI