fbpx
Askar Kemboja berdiri di atas kereta kebal yang dimuatkan di atas trak di wilayah Preah Vihear pada 26 Oktober lalu. - AFP

Kemboja, Thailand undur senjata berat dari sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHNOM PENH – Kemboja mula menarik balik senjata berat dari zon konflik sempadan susulan pemeteraian perjanjian damai antara Perdana Menteri Hun Manet dan rakan sejawatannya dari Thailand, Anutin Charnvirakul di Kuala Lumpur, lapor portal berita The Nation semalam.

Akhbar Kemboja, Fresh News melaporkan, pada malam Ahad lalu, kedua-dua negara mula memindahkan senjata berat dan peralatan ketenteraan dari kawasan sempadan yang dipertikaikan kembali ke pangkalan asal mereka. Proses itu berlaku di bawah pemerhatian Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT).

Penarikan diri itu berlaku susulan pemeteraian Perjanjian Damai Kemboja-Thailand di Kuala Lumpur pada hari sama, yang disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini mempengerusikan ASEAN.

Selepas hampir enam bulan ketegangan memuncak termasuk pertempuran bersenjata selama lima hari pada Julai lalu, kedua-dua negara kini memasuki fasa bersejarah dengan memeterai perjanjian damai.

Ia membuka jalan untuk memulihkan hubungan diplomatik dan kepercayaan bersama antara rakyat Kemboja serta Thailand. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI