fbpx
Antara runtuhan binaan akibat gempa bumi kuat. - The Sun UK

Gempa bumi 6.1 magnitud gegarkan barat Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan barat Turkiye malam tadi (waktu tempatan), menyebabkan penduduk berlari keluar dari rumah ke jalanan dalam keadaan panik, lapor akhbar The Sun UK.

Gempa bumi itu melanda wilayah Balikesir pada pukul 10.48 malam (waktu tempatan), menggegarkan bangunan di seluruh kawasan yang luas termasuk Istanbul dan Izmir yang merupakan dua bandar terbesar di negara itu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), gegaran itu melanda daerah Sindirgi di wilayah Balikesir pada kedalaman cetek 5.98 kilometer.

Balai Cerap Kandilli mencatatkannya sedikit rendah iaitu pada magnitud 6.0 dan kedalaman 11.2 kilometer.

Saksi menyifatkan gegaran berpanjangan menyebabkan penduduk yang ketakutan berlari keluar dari bangunan.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan bangunan bertukar menjadi runtuhan, manakala orang ramai berkumpul di jalanan.

Perkhidmatan kecemasan berkata, rantau itu dilanda gempa bumi kuat dengan laporan kerosakan pada beberapa bangunan, tetapi tiada laporan segera tentang jumlah korban.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, tinjauan lapangan sedang dijalankan untuk menilai kerosakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI