fbpx
VAN DER VEN (kanan) meledak dua gol untuk membantu Spurs mencatat kemenangan ke atas Everton awal pagi semalam. - AFP

EPL: Spurs belum sedia cabar gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Tottenham Hotspur, Thomas Frank masih belum merasakan pasukannya itu merupakan pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Everton awal pagi semalam.

Dua gol menerusi tandukan Micky Van De Ven dan Pape Sarr membolehkan Spurs mengumpul 13 mata daripada 15 mata untuk aksi di tempat lawan sekali gus membolehkan mereka kini melonjak ke kedudukan ketiga EPL.

Ketika ini, Spurs hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dan November bakal menjadi bulan ujian penting buat pasukan itu apabila bakal berdepan dua pasukan gergasi, Chelsea dan Manchester United sebelum ke Emirates.

“Tidak, saya fikir masih ada beberapa pasukan yang mampu berada di hadapan kami,” katanya yang menggesa pasukan itu memperbaiki prestasi di laman sendiri selepas hanya menang sekali daripada empat perlawanan.

Mengulas mengenai prestasi Van De Ven yang berjaya meledak dua gol untuk muncul penjaring terbanyak pasukan itu setakat ini, Frank mengakui beliau begitu teruja melihat potensi pemainnya itu.

“Penjaring terbanyak? Mungkin. Saya fikir dia semakin matang dan mula mengambil langkah lebih besar dalam kariernya. Kepimpinannya juga semakin terserlah, cara dia bertahan juga semakin baik, kepantasan serta bijak mencari kedudukan yang baik untuk menjaringkan gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI