fbpx
EZE (dua dari kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika Arsenal berjaya menewaskan Palace kelmarin. - AFP

EPL: Kemenangan paling bermakna Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta melabelkan kemenangan 1-0 menentang Crystal Palace kelmarin adalah kemenangan paling bermakna buat pasukan itu untuk musim ini terutama menjadikan mereka calon juara gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Gol tunggal perlawanan menerusi bekas pemain Palace, Eberechi Eze membolehkan Arsenal kini memiliki kelebihan empat mata di puncak selepas pencabar utama, Manchester City dan Liverpool yang tewas dalam perlawanan masing-masing.

“Saya beritahu para pemain bahawa kemenangan ini sangat berharga buat Arsenal berbanding kemenangan pada perlawanan lain kerana kami tahu ia aksi yang sangat sukar selepas perlu beraksi setiap tiga hari.

“Saya tahu kami berdepan sebuah pasukan yang cukup tersusun, mereka menjadikan cara kami bermain sangat sukar dan mampu memberikan kekecewaan. Setiap kali anda terlalai, mereka pasti akan menghukum,” katanya.

Arteta turut mengakui Arsenal membuat keputusan untuk mendapatkan Eze biarpun pada harga yang tinggi adalah untuk berdepan perlawanan seperti aksi menentang Palace kerana dia memiliki ‘kepakaran’.

“Dia memiliki kemampuan yang cukup baik. Kami sedar apabila berdepan pasukan yang bertahan dengan ramai pemain dan menggunakan fizikal, anda memerlukan seorang pemain No. 9 yang mampu mengucar-kacirkan benteng mereka dan membuka ruang.

“Eze berjaya mendapatkan bola dan gol itu sangat menarik. Itulah yang dilakukan oleh pemain berstatus profil tinggi dan saya harap gol itu menambah keyakinan untuk dia terus memberikan aksi terbaik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN