fbpx
CITY mencatat kekalahan ketiga musim ini ketika berdepan Villa sekali gus rekod kemenangan tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini lebur. - AFP

EPL: City yakin masih ada peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak berminat untuk melihat dan memikir mengenai kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris (EPL) sebaliknya kekal beranggapan peluang pasukannya bergelar juara masih terbuka luas.

Pada aksi kesembilan, kelmarin, The Citizens dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Aston Villa dan Guardiola bertegas tugas utamanya adalah untuk perbaiki pasukan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Kebimbangan saya adalah mengenai cara kami boleh tingkatkan lagi prestasi dan jadi lebih baik. Perjalanan musim ini juga masih lagi panjang dan pastinya kami akan cuba sehabis baik untuk hadapi Bournemouth selepas ini.

“Wujud perasaan bimbang sebelum rehat antarabangsa, namun tugas kami bukannya melihat kepada kedudukan semasa. Jika Arsenal menang semua perlawanan dan menjuarai Liga Perdana Inggeris, kami kena ucapkan tahniah.

“Namun, saya merasakan pasukan kami masih lagi bernyawa. Hidup kami sepanjang Oktober tidak hanya memikirkan tentang apa yang akan berlaku jika kami tidak memenangi perlawanan,” katanya.

Selepas ini, pasukan di tangga kedua, Bournemouth menjadi lawan Manchester City yang pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri di Stadium Etihad.

Walaupun berada di tangga kelima, Manchester City yang mengumpul 16 mata hanya dipisahkan enam mata berbanding The Gunners di puncak liga malah saingan musim ini masih berbaki 29 perlawanan lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI