MELAKSANAKAN larangan terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan generasi muda khususnya golongan kanak-kanak dilihat bukan langkah efisien dalam membentuk ideologi sihat dan berpengetahuan. Sebaliknya Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara, Dr. Rafael Frankel memberitahu, pendidikan terhadap penggunaan internet seharusnya lebih diberi keutamaan. Baginya, dunia tanpa sempadan membuka banyak peluang kepada pengguna untuk melayari sebarang kandungan dalam talian tanpa perlu bergantung kepada media sosial. “Saya terbuka dalam menerima sebarang keputusan mana-mana pihak untuk menghalang penggunaan media sosial, tetapi sekarang ini kita……














