fbpx
Mohamad ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat: Sektor akuakultur pacu bekalan ikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Sektor akuakultur yang berkembang pesat di seluruh negara menjadi antara faktor utama kejayaan Malaysia mencapai kadar sara diri (SSR) ikan melebihi 90 peratus.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pencapaian itu turut dipacu oleh penggunaan teknologi moden seperti sistem bioflok yang semakin popular dalam kalangan pengusaha dan nelayan tempatan.

“Alhamdulillah, kadar SSR ikan di Malaysia kini melebihi 90 peratus, hasil sumbangan besar sektor akuakultur yang berkembang baik di hampir seluruh negara,” katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH–Rasah) di Dewan Rakyat. Beliau ingin tahu hala tuju sektor akuakultur sebagai alternatif kepada aktiviti perikanan laut dalam, bagi mengekalkan kadar SSR perikanan negara pada tahap tinggi.

Mohamad berkata, pembangunan pesisir pantai yang pesat menyebabkan sebahagian kawasan pendaratan dan penangkapan ikan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan terjejas akibat pencemaran.

“Bagi menjamin pendapatan nelayan kekal terpelihara, kerajaan memindahkan sebahagian mereka ke sektor akuakultur sebagai alternatif yang lebih mampan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan) 2025),” jelasnya.

Menurut beliau, sambutan terhadap peralihan itu amat memberangsangkan, malah menunjukkan bahawa sektor akuakultur kini menjadi tulang belakang kepada kelangsungan bekalan hasil laut negara.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sebanyak 101 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), 14 Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan sebuah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kini aktif di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 84,000 orang.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI