fbpx
GAMBAR JANAAN AI

Dewan Rakyat: 600 pembantu warden asrama sekolah bakal dilantik melalui MySTEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Program Malaysia Short-Term Employment Program (MySTEP) bakal melantik seramai 600 pembantu warden asrama sepenuh masa sebagai salah satu inisiatif baharu untuk memantapkan sistem warden asrama sekolah di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan asrama, sekali gus mengurangkan beban tugas warden asrama sedia ada.

Jelasnya, warden asrama yang telah dilantik dalam kalangan guru pula diberikan pengecualian membabitkan penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum, pengecualian daripada dilantik sebagai guru kelas serta pengecualian mengajar pada waktu pertama dalam sesi persekolahan. “Guru-guru warden dan guru-guru disiplin kita (juga) akan didedahkan dengan latihan yang secukupnya dari segi bimbingan dan kaunseling,” katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai mekanisme KPM bagi memastikan guru yang dilantik sebagai warden di asrama tidak terbeban dengan tanggungjawab mereka.

Mengulas lanjut, Wong turut menyatakan KPM telah memperluaskan pelantikan warden asrama kepada semua kakitangan bukan guru gred 1 dan ke atas membabitkan sekolah di bawah KPM pada tahun 2019.

“Dengan peluasan ini, pentadbir sekolah boleh melantik warden asrama dalam kalangan bukan guru,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI