fbpx
Anggota PGA bertugas mengawal sempadan bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara. - Gambar hiasan

Dewan Rakyat: 470 laluan haram di sempadan dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 470 laluan haram dikenal pasti di sepanjang sempadan negara setakat September lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut beliau, jumlah itu berdasarkan data Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan pemantauan dan rondaan di kawasan sempadan negara.

“Pelbagai tindakan telah dan sedang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan melalui laluan haram, termasuk kawalan keselamatan secara tetap dan berkala oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta PGA,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Saifuddin menjelaskan, kawalan keselamatan itu meliputi penugasan statik di pos-pos tetap sepanjang sempadan, kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta rondaan keselamatan sama ada berjalan kaki, berkenderaan atau melalui sekatan jalan raya.

“Selain itu, PDRM turut melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan panas (hot spot) yang sering menjadi laluan aktiviti rentas sempadan, serta operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguat kuasa lain,” katanya.

Beliau berkata, rondaan turut dibuat menggunakan motosikal di laluan darat dan bot di kawasan sungai, manakala teknologi dron digunakan bagi pemantauan di kawasan sukar dicapai disebabkan bentuk muka bumi.

“Kerjasama risikan juga diperkukuh antara PDRM, PGA dan agensi penguat kuasa negara jiran bagi membanteras penyeludupan, pencerobohan serta jenayah rentas sempadan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI